ANDA INGIN MEMBELI RUMAH? SILA BACA SUPAYA PILIHAN ANDA BETUL.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setiap orang akan mempunyai keinginan untuk memiliki rumah idaman. Cita-cita untuk mempunyai rumah yang cantik, selesa, besar dan mewah. Bagus… Itu merupakan satu sebab untuk kita berusaha dengan lebih rajin dan gigih mengejar impian kita.

Jika anda ingin membeli rumah impian, perkara pertama adalah anda perlu tahu apakah pilihan yang anda ada untuk membeli rumah? Pilihan yang dimaksudkan itu adalah samada ianya dari pilihan

1) Rumah Baru

2) Rumah Subsale

3) Rumah Lelong

Pada peringkat ini nampak mudah tapi inilah langkah pertama paling penting supaya anda tidak tersilap pilih dan boleh merugikan anda. Ianya boleh membuatkan anda terjerumus dalam kancah hutang yang boleh menyebabkan anda menyesal dan rugi besar.

Anda perlu faham ciri-ciri, faedah kebaikan dan risiko yang berbeza setiap daripada ketiga-tiga diatas. Berikut secara ringkasnya:-

Rumah Baru – Ianya adalah sebuah rumah baru yang bakal disiapkan dan tentunya keadaan fizikalnya cantik, bersih dan anda yang pertama mendiami rumah tersebut. Anda perlu pastikan harga sebenar rumah ini adalah harga pasaran semasa dan jangan tertipu dengan pinjaman yang bakal menjerat anda kemudian hari. Pastikan pemaju adalah yang berkemampuan menyiapkan projek tersebut dengan baik. Jika ini dapat dikenalpasti, maka sesuailah dengan anda.

Rumah Subsale – Pilihan lokasi yang telah matang dan membangun. Kejiranan yang telah dapat dirasai semasa anda membelinya. Pastikan keadaan fizikal rumah tidak memerlukan pembaikan yang banyak. Cuba dapatkan harga yang murah dari harga pasaran semasa. Ianya mungkin dapat memberi peluang mendapat wang lebihan untuk kegunaan pembaikan dan lain-lain. Jika anda mampu mengatasi masalah hutang, ianya dapat menguntungkan anda kemudian hari.

Rumah Lelong – Ianya murah dan menjimatkan. Anda boleh mendapatkan rumah lelong dibawah harga pasaran. Cuma pastikan kos pembaikan tidak membebankan anda. Anda juga telah dapat menjimatkan kos guaman. Lokasi juga telah dikenalpasti kejiranannya. Apa yang perlu, sediakan wang deposit secukupnya dan anda bakal memperoleh keuntungan.

Itulah perkara penting yang perlu anda tahu dan faham sebelum anda membuat pilihan untuk rumah idaman anda. Kegagalan anda membuat pilihan bakal membawa anda ke kancah hutang yang merugikan anda. Manakala pilihan bijak pula bakal memberikan anda keuntungan yang besar.

Semoga anda membuat pilihan yang terbaik.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published.

×